SEJARAH PUSAT SUMBER
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kota Gelanggi 2 mula dibuka pada 3hb Januari 1978. Pada ketika itu, seramai 177 orang murid telah mendaftar dan 9 orang guru dipertanggungjawabkan untuk bertugas di sekolah ini. Guru besar yang pertama ditugaskan di sekolah ini ialah Encik Anuar bin Ahmad.
Struktur asal SKKG2 ketika itu hanyalah sebuah pejabat dan empat buah rumah pegawai Felda. Namun, sekolah perlu dibuka walaupun tanpa kerusi dan meja. para guru serta murid-murid sanggup duduk di atas lantai ketika proses P&P dijalankan. Bekalan air juga tidak disediakan dan pihak sekolah perlu berkongsi dengan penduduk tempatan.
Tanggal 28hb April 1978, tapak sekolah baru telah diratakan. Seorang Pembantu Am Rendah telah ditugaskan di sekolah ini. Enrolmen murid pula telah menjangkau seramai 471 orang dan sesi persekolahan telah dibuka kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Lantaran murid yang ramai, pihak sekolah telah berpindah ke sekolah baru walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Proses perpindahan ke tapak baru dilakukan dengan kerjasama penduduk tempatan.
Dengan inisiatif murni kerajaan Malaysia pada ketika itu, Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan kaedah "Bank Bergerak" telah menyediakan perkhidmatan perbankan di sekolah bagi menggalakkan murid-murid agar suka menabung. Hasilnya, seramai 91 orang murid telah membuka akaun baru di BSN.
Tanggal 7hb Jun 1981, temasya sukan tahunan kali pertama telah diadakan dan dirasmikan oleh Penghulu Pulau Tawar dan tahun berikutnya telah diadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.
Akibat pertambahan murid, kelas yang disediakan di sekolah tidak mencukupi dan pihak sekolah mengambil langkah untuk menggunakan dua bangunan bekas pejabat Felda Kota Gelanggi 5. Kerja-kerja membaiki bangunan sekolah terus dijalankan dan turut membina bangunan-bangunan tambahan termasuk Perpustakaan.
Berikut adalah senarai guru besar beserta tahun perkhidmatan di sekolah ini:
Encik Anuar bin Ahmad ==> 1978 - 1984
Encik Abdul Aziz bin Muhammad Yunus ==> 1984 - 1992
Encik Tajudin bin Gendut ==> 1992 - 1992
Encik Abd. Rahman bin Ali ==> 1992 - 1997
Encik Mahani bin Sairi ==> 1997 - 2011
En. Abd Rahman bin A.Majid ==> 2011 - 2013
Pn. Zanariah bt Ibrahim ==> 2013 - 2014
Encik Jamalludin bin Baharun ==> 2014 - sekarang
No comments:
Post a Comment