Tarikh : 15hb Ogos 2016
Hari : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan SKKG2
Sasaran : Semua Warga SKKG2
Terlaksananya program ini supaya dapat melahirkan insan-insan yang bersemangat patriotisme serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar disamping mengetahui sejarah terlahirnya sebuah negara tercinta MALAYSIA.
Guru besar memberi ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan.
Murid-murid serta para guru mendengar ucapan perasmian oleh Tuan Guru besar.
Acara gimik yang dirancang oleh guru penyelaras En. Sani dan En Azlan Shah.
Guru besar memecahkan ketulan ais yang berisi Jalur Gemilang di dalamnya.
Guru besar mengeluarkan Jalur Gemilang yang terdapat dalam ketulan ais.
Antara guru yang turut mengibarkan Jalur gemilang.
Murid-murid bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu Tanggal 31.
Guru besar bergambar bersama murid-murid setelah selesai acara perasmian Bulan Kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment