Monday, 15 August 2016

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh   : 15hb Ogos 2016
Hari      : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan SKKG2
Sasaran : Semua Warga SKKG2

Terlaksananya program ini supaya dapat melahirkan insan-insan yang bersemangat patriotisme serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar disamping mengetahui sejarah terlahirnya sebuah negara tercinta MALAYSIA.

 Guru besar memberi ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan.






Murid-murid serta para guru mendengar ucapan perasmian oleh Tuan Guru besar.






 Acara gimik yang dirancang oleh guru penyelaras En. Sani dan En Azlan Shah.





Guru besar memecahkan ketulan ais yang berisi Jalur Gemilang di dalamnya.






Guru besar mengeluarkan Jalur Gemilang yang terdapat dalam ketulan ais.






Antara guru yang turut mengibarkan Jalur gemilang.





Murid-murid bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu Tanggal 31.





Guru besar bergambar bersama murid-murid setelah selesai acara perasmian Bulan Kemerdekaan.


Saturday, 13 August 2016

SAMBUTAN HARI RAYA

Tarikh    : 22hb Julai 2016
Hari       : Jumaat
Sasaran  : Semua warga SKKG2

Objektif :
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3. Menerapkan integrasi kaum dalam hidup bermasyarakat.








MAJLIS KHATAM TADARUS AL QURAN

Tarikh   : 1hb Julai 2016
Hari      : Jumaat
Sasaran : Murid Tahap 2

Objektif :
1. Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melazimkannya dalam kehidupan.
2. Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan tentang tadarus dan Khatam Al-Quran kepada murid-murid.
3. Melahirkan murid yang celik Al-Quran.
4. Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.
5. Melancar dan memantapkan bacaan. Al-Quran.
















SAMBUTAN HARI GURU

Tarikh   : 16hb Mei 2016
Hari      : Isnin
Sasaran : Semua warga sekolah

Objektif :
1. Menghargai sumbangan dan khidmat bakti para guru dalam usaha mendidik bangsa.
2. Menyedari pendidik sebagai pemacu pendidikan negara.
3. Menjiwai bahawa jasa dan bakti guru mendidik anak bangsa serta memberi sumbangan kepada masyarakat adalah usaha yang mulia.